~Cik Liyana Punya Blog~

~Cik Liyana Punya Blog~

Thursday, April 29, 2010

HATI HANYA SATU.

Manusia dikurniakan sekeping hati oleh ALLAH SWT.
Untuk kita, hamba-Nya.. menjaga hati dengan sebaiknya.
Untuk tidak dilukai & mencalari sekeping hati yang rapuh ini.
Dengan tangan sendiri @ tangan orang lain.

Semalam, kata kawan saya, "Hati yana basah".
"Apa maksud hati yana basah?". Saya terpinga-pinga.
Dia jawab, "hati yana ada kebaikan". (sekarang saya faham)
Kata-katanya membuatkan saya berfikir..
Hati saya baik kerana terlalu mempercayai orang?
Hati saya baik kerana menyayangi? hemm...
Mungkin ya.
"Hidup masih panjang. Yana akan temui banyak lagi kehidupan dalam hidup ni.
Masa tu yana akan lebih faham". Benar. Kata-kata @ nasihat yang matang.


Allah bagi satu je hati kepada setiap manusia.
Sebab, kalau banyak hati, manusia tak tahu nak seimbangkan hatinya.
1 hati cakap ya, 1 hati lagi cakap tak.
Macam mana hidup kalau asyik berbelah bahagi?
Semestinya tak aman, bahagia & berjaya.
Ciptaan Allah itu maha hebat & maha bijak.
Hati ni juga rapuh & lembut.
Untuk manusia menjaga dengan penuh sabar & kuat.

Saya juga punya sekeping hati,
Hati yang maha satu,
Hati wanita...
Mudah terusik, namun sukar berganjak daripada gerak hatinya
Yang mungkin seringkali tepat.
Namun terkadang,
Ada yang menghalang untuk mengikut gerak hati ini.

Hati ini amanat daripada Allah,
Jadi,
Hati perlu redha & ikhlas.